Friday, 27 February 2009

.::erti hidup pada memberi::.

kamu masih malaikat saya
kamu masih cinta saya
kamu masih hati saya
&kamu masih bantal busok saya


mungkin kamu rasa saya tipu.
mungkin kamu rasa kecewa.
mungkin kamu rasa benci.
mungkin kamu rasa rimas denganku.

tapi kenapa ?
bukankah kepercayaan itu penting..
ya, kamu marah kan dia..saya faham itu..
tetapi kamu jgn risau krn saya bukan saya yang kamu kenal dulu..
kepercayaan itu penting untuk kita ber2..
itu yang kamu selalu ingatkan saya sebelum saya terbang tinggalkan kamu.
dan saya tak pernah lupa setiap bait-bait nasihat kamu.

~salam dari tanah cardiff~
^-^

Friday, 20 February 2009

Thursday, 19 February 2009

weng~happy+geram+cedey cikit

sgt senang hati lepas dpt webcam dgn mak n ayah..pagi2 subuh kat sana..tgh2 mlm kat sini..

but sedih ceket diaorg nak pg bandung & bali mggu depan..plus mggu ni aku xle online sbb kat Manchester..

but happy balik sbb kak sharifah ckp kat bandung, designer stuff dijual sepertiprada,gucci,salvatore,versacehhh,burberry,guess..so yg hapy lagi sbb mak dah write down list brg yang aku mahu..ah,jgn disebut brapa byk..malu aku, xsehebat yang lain..aku biasa2 shj..walaupunbagaimanapun..aku hanya highlightkan baju melayu sana..sebab corak nya cantik banget..

aku mahu jam baru..mak kata jam aku itu ok lagi..oh tidak..aku mahu juga jam baru itu..aku nak beli sendirila..tapi duit xcukup..xpe..simpan jela jam2 yg aku ada..jam kat hp kan dah cukup..xcukup gak? nah jamban!

i miss them so much :''' kan bagus kalau ayah kasi aku jmpe je kat indo..hais..mak kasi,ayah xkasi..ayah kasi,mak plak xkasi..xpelah.majuk!

nota kaki bulu1:aku sgt obses dengan burberry. tp aku nk gune duit sendiri.ya suatu hari nanti.pasti

Friday, 13 February 2009

haf gud haf bad

haf gud:

today aku faham apa yg diajar dlm kelas..bru 100%faham..b4 this, fikiran merewang tah kemane..bukan sbb ape yg berlaku..tp salah aku juge yg fikir bukan2..so skrg ni aku dh kne panaskan balik otak aku yg tgh slow nih..gud things is..mood study aku suda sampai..no more bnde mngarut2 neh..cintan cintun la ..semua nih tipu daya je.. blum dpt sume baik..dah dapt..pkla sndri..aku bukan xmahu kamu, tp aku still blajar..utk itu..maafkan aku.

haf bad:

i dunno its kinda gud or bad..tp aku ltak dlm kategori bad..duit mara aku da nk kering..duit parents aku bg pun dh nk kering...tabung refund aku da reserve utk kak sharifah..adeh..this feb n upcoming march byk prog yg aku kna participate..suma pki duit..dahla claim lmbt nk dapat..adeh adeh..pening..tp aku mmg nk pegi prog tu..untung2 aku dpt flight free balik m'sia..haha..leh balik ke bilik d rumah yg aku rindui..

Thursday, 12 February 2009

relief

its such a huge relief when u can cry to someone..even its very rare amongs guys..but i prefer this way cause its me..thanks god aku diberikan sekeping hati yang sgt lembut. i really dun hav any reason to cry, but thats the best way 4me to get rid all my problems. now i feel better. i can smile again. i can stand up n walk alone like berfore. yes, i admit, my life was so miserable this week, tho i want to be a positive thinker, theres sumthing wrong inside me..i need to blurt it all before its too late..before its become worst again..thnk you so much for those who help me...i really appreciate that..

tonite, i have to sleep early..put aside all my planned scheduled..i want to pampered myself so dat i will be new 'me' like last week.. :D

*tolak jauh jauh ke dada langit*

aku, kamu dan kamu kamu

Kamu.

Ini aku. Cuba menenangkan. Aku tahu mendung di jiwamu. Aku perasan itu. Aku perasan manik manik itu. Nah, ini. Selendang penyerap duka. Aku hadiahkan khas untuk kau. Simpan kesemua manik itu. Ia tidak berharga buat kamu. Tapi tidak ternilai buat aku.

Kamu.

Celaka itu bukan kamu seorang yang rasa. Kamu lihat di sini. Di dalam jiwa aku. Kamu akan nampak semua penderitaan. Kamu lihat wajahku. Kamu lihat bukan? Ya, ia kaku. Ia aneh. Ia misteri. Kamu tahu kenapa? Kamu tidak pasti? Kamu lihat kembali ke dalam jiwa aku. Kamu perasan jahitan jahitan itu? Ya, aku jahit kembali.

Kamu.

Mari ke sini. Bahu aku seluas permatang. Kamu bisa sahaja membentangkan segala keluh kesah. Kamu bisa terisak isak semahumu. Kamu jangan risau tentang aku. Aku hanya boneka berjiwa. Tidak kisah kehancuran perasaan. Tapi aku peka pada kamu. Aku benci melihat kamu menderita seperti aku.

Kamu.

Mari baring bersamaku. Hamparan tipu daya Dunia ini empuk, bukan? Kita tontoni langit sandiwara kehidupan. Kita tunggukan bersama, sinaran mentari pagi membawa kegembiraan. Kita lihat camar camar itu berhilai tawa. Ketawa mereka bersama kita.

Kau.

Kamu perlu sedar, kamu tidak pernah berseorangan. Seperti kamu, kamu dan kamu yang lain. Sentiasa ada yang mengambil berat. Cuma kadangkala kamu tidak sedar. Kerana pintu itu kamu tutup untuk mereka. Begitu juga aku. Kamu lihat aku. Betapa banyaknya pintu pintu yang telah aku kuncikan. Kerana kononnya aku mahu sendiri. Rupa rupanya aku menjadi, boneka berjiwa yang mati.

Kamu.

Akhirnya aku buka pintu itu. Dan akhirnya aku jumpa, tiada siapa siapa menanti. Jelas simpati itu hanya penipuan sahaja. Tapi entah kenapa, aku terjumpa insan yang masih setia. Tersandar lesu penuh pengharapan di wajahnya. Menanti aku bukakan kembali pintu yang telah dikunci.

sebelum ia terjadi, ia sudah terjadi

Aku masih tidak faham dengan apa yang terjadi. Namun seperti biasa, apa jua yang berlaku perlu aku hadapi juga. Susah senang, hanya aku sahaja yang tanggung. Dunia aku, aku sendiri yang warnai. Bukan kamu, bukan mereka, bukan siapa-siapa. Tapi aku. Pergh. Nampak macam kedekut pula.Memang aku kedekut kalau org kedekut dgn aku.

Terkadang bila aku rasa bulan benar-benar dalam dakapan aku, rupa-rupanya secara realiti, ia hanya khayalan. Biarpun bulan itu tidaklah sesempurna seperti dalam gambaran minda para pelabel, tapi apa yang aku peduli. Kalau para pelabel rasa bulan itu tidak layak untuk aku, sila buat kerja lain dari nak menyibuk. Buatlah apa-apa pun, aku tak kisah.

Aku mencari insan bersefahaman. Punya ikatan kimia. Juga seperti pramugara-pramugari complex. Ia romantik bagi aku.

Namun bila perkara yang aku ramalkan terjadi, telah terjadi, maka inilah jadinya. Aku perlu menyusun kembali serpihan-serpihan yang telah hancur berkecai. Mencari kekuatan untuk menggagahkan aku untuk bebas daripada bantuan siapa-siapa. Untuk hidup dan mati atas nama aku sendiri. Walau terkadang aku berfikir nak disemadikan beramai-ramai untuk mengelakkan rasa bosan di dalam kubur.

Mungkin ini yang Dia mahu. Tidak mengapa lah.

Apa aku perlu buat sekarang?

mandi..kelas..sms..

GOOd MorninG CardiFF!!

*i had a very good sleep last nite..huaarrggghhh...ngeliat*

Wednesday, 11 February 2009

Kelajuan

Dear whoever...

Kalau kamu punya dia..sy percaya kamu takkan muncul di belakang kembali tapi kamu akan terus ke depan tanpa menoleh ke belakang. Dulu, sy bergerak perlahan semasa kamu bergerak laju ke hadapan. Bile sy meminta kamu perlahan..kamu buat tak endah kan sy.. kamu marah sy dan kamu salahkan sy. Padahal kudrat sy hanya dengan perlahan. Bagaimana mungkin sy boleh mengejar kamu.

Sy bergerak laju bila kamu dah jauh meninggalkan sy. Bila kamu sudah tiada pada penglihatan sy. Tapi kelajuan sy tetap tidak setanding kamu. Dan bila kamu dah berhenti bergerak laju, kamu memanggil sy. Tapi sy sudah selesa dengan kelajuan ini biarpun hati masih rasa bimbang. Terkadang sy berhenti dan berpatah balik pada kamu. Ada kalanya sy bisa bergerak bersaing dengan kamu. Tapi adakalanya kamu hilang semula dari pandangan sy... Maaf bila kadang-kadang sy 'menarik' kamu. Sebab, kelajuan sy itu sangat menyakitkan.

Jadi.. apa yang sepatutnya sy lakukan? sy masih bergerak dengan kadar sederhana kerana itu sy. Mungkin sebelum sy mengenali kamu.. sy seorang yang bergerak sangat laju. Malah lebih laju dari kamu barangkali. Tapi selepas mengenali kamu..sy menjadi berhati-hati untuk bergerak laju. sehingga sekarang.