Wednesday, 15 July 2009

Hari ini 5y6m2d


Alhamdulillah.

Aku doakan semoga dia dipanjangkan umur, diberkati hidupnya, dimurahkan rezekinya dan terbuka luas dalam segala hal dan perkara, semoga dia turut diberi kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupannya yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

Aku akan terus bersama kamu selagi kamu perlukan aku, sebab aku perlukan kamu juga. aku tunggu kamu berjaya, walau kamu perlu merangkak dari mula. aku tunggu kamu seperti selalunya sebab aku mahu impian aku menjadi nyata. aku takkan pernah putus asa sebab aku yakin ada sesuatu untuk kamu yang telah dirancang olehNya. aku percaya kamu boleh berjaya. kamu kena kuat. kamu sudah pun kuat. kamu kena cepat bangun dan berlari sehingga ke garisan penamat mula. kamu sudahpun berlari laju dan hampir menjauhiku. Jangan pernah lupa, aku selalu ada. untuk kamu =)

Bagi yang tahu kisah aku, Mungkin tahu cerita di sebalik cerita. bagi yang masih samar pangkal cerita, Doakan saja yang baik-baik untuknya ya. Terima kasih =)