Assalamualaikum w.b.t
This is the Last Entry
Bacalah jika mahu. Pergilah jika ia mengganggu
Kepada semua yang pernah tiba secara sengaja ataupun tidak di blog saya selama ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan saya begitu menghargai kehadiran kalian di teratak saya yang sudah setahun lebih usianya. Ya. Ini merupakan post terakhir untuk mencatat kisah kehidupan seorang insan bernama amfr.
Saya tahu, mungkin yang tertanya - tanya dan tidak faham apa yang berlaku disini. Jawapannya, blog ini seperti sudah tidak bernyawa. Tidak akan ada lagi perkongsian kisah suka dan duka untuk dikongsi bersama. Ya. Saya tahu. Saya banyak biarkan persoalan tanpa jawapan.
Apa yang boleh saya katakan disini, Anggaplah saya ini dalam proses membina sebuah kehidupan yang baru sahaja diletakan garisan mula. Bukan sahaja garisan mula. Tetapi turut di terakan lorong menuju ke garisan penamat . Namun, dalam saya meniti lorong yang saya bina, saya dilanda ribut dan taufan yang sedikit sedikit mengikis garisan yang menjadi panduan saya. Tapi saya tidak berputus asa. Saya terus gigih berusaha. Dan saya tidak sekali-kali lupa. Allah s.w.t memberikan dugaan dan ujian mengikut kemampuan hambaNya. Jadi saya tidak boleh jatuh dan jauh menyimpang dari lorong yang telah saya buat. Saya kena kuat. Saya kena usaha. Saya kena banyak berdoa! Allah maha mendengar. Allah maha penyayang.
Harap kalian mengerti. Bukan saya tidak mahu berkongsi. Bukan saya sengaja mahu berahsia. Cuma belum sampai masa untuk saya cerita kepada semua. Cukuplah dugaan yang saya terima. Saya tidaklah sekuat mana untuk terima lagi banyak dugaan. Yang ada sekarang pun separuh nyawa saya tahan. Cukuplah. Saya cuma berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t untuk melindungi saya dari putus asa.
Untuk sebab mengapa saya tidak mahu teruskan sahaja berkongsi cerita dan menulis di sini? Pertamanya untuk mengelakkan diri dari disakiti dan menyakiti orang lain. Sebab yang kedua adalah kerana blog ini sebenarnya adalah rentetan sebuah kehidupan dan penantian saya bersama seseorang. a.m.f.r itu sendiri adalah gabungan daripada 2 nama. Maka. Saya rasa adalah tidak wajar untuk saya terus menulis dan berkongsi di sini kerana sebelum keberangkatan saya di bumi orang saya telah diamanahkan sebuah diari peribadi sebagai peringatan dan amanah untuk saya. cukuplah dengan apa yang saya ada sekarang dan sebihnya saya pulangkan kembali pada panduanNya.
Ya Allah,
Aku memohon redhaMu.
Jadikanlah aku sebagai seorang suami
yang mencintai isterinya di kala dekat,
menjaga kehormatannya di kala jauh,
menghiburnya di kala duka,
mengingatkannya di kala bahagia,
mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah
Satukalah aku dalam inayah dan barakahMu.
moga menjadi Nur ibadahku yang mendambakan rahmatMu.
Amin Amin
Ya Rabbal Alamin
Insyaallah satu hari nanti, akan tiba waktu untuk saya menjenguk semula teratak ini. terima kasih semua dari kajang,kuala selangor, puchong, petaling jaya, johor bharu, seri kembangan, kuala lumpur. maaf andai ada terkasar bahasa tutur kata. saya hanya manusia yang masih belajar untuk menjadi lebih sempurna.
VC ini untuk kalian semua. doakan saya ya? :)



